Janet Khoo Masih mencari Cinta

Kala usia menjelang 36, Janet Khoo atau nama komersialnya, Janet masih lagi selesa bersendirian. Kata Janet, ketika ini dirinya masih lagi tidak mencari peneman sejati. Namun, menerima seandanya jodoh yang datang daripada berlainan agama dan kepercayaan (lebih cenderung kepada Islam, ikut dari minat Janet terhadap Islam).

"Saya lebih fokuskan kerjaya buat masa ini. Dan syukur keluarga saya bukanlah jenis yang suka mendesak untuk saya berkahwin secepat mungkin. Asalkan hidup happy setiap hari, saya cukup berpuas hati. Keluarga saya sangat penyayang dan saya akan lakukan yang terbaik untuk mereka.
"Wanita di luar sana tidak perlu takut dengan gelaran andartu jika kita happy dengan cara hidup sekarang. Saya tak pernah ambil kisah apa yang masyarakat nak katakan, yang penting saya tahu tanggungjawab dan ikhlas dengan setiap yang dilakukan," ujar Janet.

Post a Comment

0 Comments